Sunday, 14 July 2013
What Is 'Pwned' ??
You have seen this peculiar term online, with expressions like "I got pwned!". Now, you hear it on the bus and in public as people speak about their personal lives. So what exactly does "pwned" mean? And is that the same a "pwnage"?
In some cases, you will even hear it pronounced as "pawned". "Pwned" means "to be controlled against your will", or "to be defeated by a superior power". You might also hear the expression, "pwnage", which is the noun version of "being pwned".
This "pwn" expression originated in the 1980's from the word "owned". It was used to describe when a hacker would take remote control of a server or another computer. The use of "p" to replace "o" was simply a misspelling at first, but the spelling stuck as a stylistic point.
With today's MMO games (massive multiplayer online games), the term "pwned" has now became a way to gloat in one's victory over another player. Conversely, pwned is an expressive way to say that you yourself have been defeated by another player.
Some examples of this pwned expression in digital culture:
In some cases, you will even hear it pronounced as "pawned". "Pwned" means "to be controlled against your will", or "to be defeated by a superior power". You might also hear the expression, "pwnage", which is the noun version of "being pwned".
This "pwn" expression originated in the 1980's from the word "owned". It was used to describe when a hacker would take remote control of a server or another computer. The use of "p" to replace "o" was simply a misspelling at first, but the spelling stuck as a stylistic point.
With today's MMO games (massive multiplayer online games), the term "pwned" has now became a way to gloat in one's victory over another player. Conversely, pwned is an expressive way to say that you yourself have been defeated by another player.
Some examples of this pwned expression in digital culture:
- "I got pwned by those three horde players. They ganked me bad."
- "We pwned that other team, woot!"
- "Hahaha! Jason got pwned in arena today!"
- "That was total pwnage! We totally crushed that boss monster!
Some examples of this pwned expression in daily life:
Indeed, digital culture has spilled over into daily life. It is common for the modern generation to use these expressive techno terms in daily conversation. Now, you too are welcome to used "pwned" as part of your daily vocabulary.
- "That speeder got totally pwned by that radar trap cop!"
- "We pwned that other basketball team!"
- "Oh, man. I got totally pwned by the aerobics instructor in class today. That was so difficult!"
- "Pwnage! I got an A on that exam! Woot!"
Indeed, digital culture has spilled over into daily life. It is common for the modern generation to use these expressive techno terms in daily conversation. Now, you too are welcome to used "pwned" as part of your daily vocabulary.
Saturday, 26 January 2013
SOLAT HAJAT + BACAAN YASIN
Kali ini,buat julung kalinya warga ISA tahun 2 menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan yasin sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester serta tidak lupa juga,sempena menyambut tahun baru 2013.Majlis ini telah pun diadakan pada 31 Disember 2012 (Isnin) pada pukul 8.30 malam bertempat di pusat komersial,USIM..Antara juadah kali ini termasuklah :-
- mee sup
- spaghetti
- kek batik
- agar-agar
- DURIAN
- roti sardin dan banyak lagi..
Terima kasih kepada seluruh warga ISA yang memberikan kerjasama untuk majlis pada kali ini..Majlis solat hajat dan bacaan yasin ini juga secara tidak langsung telah menjadi acara atau program bersama yang terakhir pada semester 3 ini..Insyaallah majlis ini juga akan diteruskan untuk semester akan datang.
-Hanya pada Allah tempat meminta -
IFTAR LAGI :)
Alhamdullilah.. iftar jamaei untuk sem ini telah berlangsung dengan jayanya pada 20/12/2012(Khamis) baru-baru ini..Terima kasih kepada biro kerohanian ISA yang diketuai oleh Farhan Ibrahim.
Macam biasa,lepas berbuka dengan juadah ringan,kita solat maghrib..lepas solat,kita makan! Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea dan pandangan memandangkan semester 3 sudah hampir ke penghujung..Antara perkara penting dan cadangan yang telah dibincangkan termasuklah :-
- pesanan mengenai masa..masa itu emas! Sebagai pelajar,kita harus menitikberatkan soal masa terutamanya masa dengan pensyarah kita sendiri..elakkan datang lambat ke kelas
- sama-sama membantu dalam pelajaran.
- jangan sesekali memilih ilmu..jangan juga sempitkan minda kita yang ilmu itu hanya tertumpu pada sesuatu subjek atau perkara sahaja.ilmu itu luas.
- tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada semua warga ISA kerana kerjasama dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang semester.sayang semua..sahabat selamanyaaa...
- perlu sentiasa berpegang pada matlamat hidup..Ingatlah Allah itu satu.Mati itu pasti.. warga ISA perlu menjadi individu yang bertanggungjawab serta luar biasa yang mampu memberikan dan menyumbangkan bakti terhadap orang lain.
- menjaga adab dan hubungan dengan Allah,ibu bapa,pensyarah, juga rakan-rakan.
Ketua kerohanian,Farhan Ibrahim menyampaikan amanatnya
semoga semua yang dibincangkan boleh diambil iktibar dan dijadikan pengajaran supaya kita menjadi individu yang sentiasa maju ke hadapan..ingat-mengingati amalan mulia.. :)
Sunday, 20 January 2013
MINAT vs NIAT
Orang kata, bila kita ada minat,maka adalah kemahuan untuk mencapai sesuatu yang dihajati.Ada pula kedua dua elemen ini maka ada lah usahanya.Pendek kata,minat + kemahuan + usaha akan datang dengan serentak.
Minat juga akan membawa satu perubahan pemikiran ke arah lebih terbuka. Bukan setakat itu sahaja,perspektif anda terhadap sesuatu perkara juga akan memberi impak yang positif dengan adanya minat. Seperti kata pepatah ‘tidak kenal maka tidak cinta’.Minat adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk dibincangkan.Lain orang,lain minatnya.Tidak mustahil juga kita akan lebih perform dalam sesuatu perkara sekiranya perkara itu menjadi minat kita..sama la juga dalam konteks pembelajaran..Bersyukur la sekiranya minat anda telah dilaburkan dalam platform yang betol..
Ilmu tidak datang sendiri tanpa minat dan kemahuan kerana ianya terpaksa dicari untuk memperolehinya. Ilmu yang dipelajari dan diamalkan akan membezakan taraf dengan kawan dan lawan anda.Ingat! minat boleh dipupuk dan disemai..melakukan sesuatu yang bukan menjadi minat kita untuk mencari ilmu merupakan satu pengorbanan.ilmu itu luas..perluaskan ilmu dengan niat yang betol.
Apakah sebenar niat itu ?
Kuasa NIAT jauh lebih hebat daripada kuasa MINAT..niat mampu menjadi asas pegangan kepada seseorang individu untuk berjaya.
tips belajar untuk sem hadapan ;) :-
NIAT...belajar bukan untuk peperiksaan! |
ilmu bukan pada pointer |
marah diri sendiri apabila anda gagal,bukan orang lain |
jangan iri hati |
jangan melepak.:) |
study smart! |
berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir... |
belajar dari pelbagai sumber |
dont be lazy |
elakkan kerja di saat akhir |
Thursday, 27 December 2012
exam! exam! exam!
Assalamualaikum semua! masih berbaki seminggu sebelum kita bakal melangkah masuk ke dewan peperiksaan..dup dup!! >.< " selamat maju jaya kepada semua warga ISA..betolkan niat,kuatkan azam..belajar kerana Allah...pasti terasa nikmatnya.insyaallah :)
Friday, 9 November 2012
AWAS ANCAMAN SIBER!!
“Peningkatan
serangan berniat jahat di laman sosial dan peranti mudah alih dikenal pasti,
menyebabkan jangkitan mudah daripada satu mangsa kepada mangsa yang lain.” –majalahPC
September.
Di era
teknologi serba moden, pelbagai gadget canggih dan mewah diperkenalkan. Kesannya,
serangan berniat jahat melalui medium ini semakin meningkat. Ini konklusi mudah
untuk difahami. Para Hackers semakin licik dalam menyusun gerak kerja mereka
seiring teknologi yang semakin membangun pesat. Bagaimana mereka berjaya
menerjah data peribadi kita? Mari kita selongkar!
1. Kebocoran data
Identiti mudah dicuri melalui kehilangan atau
kecurian platform simpanan. Menurut Symantec, 50 peratus telefon bimbit yang
hilang tidak akan dipulangkan dan 96 peratus termasuk yang dipulangkan juga
tidak terkecuali mengalami kebocoran data. Bayangkan sahaja ribuan maklumat diri
dapat diketahui melalui rangkaian telefon termasuk akaun bank, kata laluan, dan
lain-lain. Oleh itu, lindungi gadget peribadi anda bagi mencegah insiden
penggodaman.
2. Ancaman Android
Mudah dan seronok itulah android. Tetapi awas! Pendedahan
peranti mudah alih meningkat sebanyak 93 peratus pada 2011 dan ancaman sistem operasi
(OS) Android turut dilihat. Malware digunakan bukan sahaja untuk menyerang
peranti mudah alih malahan ia dicipta khas untuk menggunakan kelemahan unik
yang ada pada peranti. Hal ini menjadi ancaman besar kepada perniagaan serta
pengguna. Dan yang pasti aktiviti pengutipan data, penghantaran kandungan, dan
menjejak pengguna terus berleluasa.
3. Rangkaian sosial
Penjenayah siber semakin berani ekoran sifat
semulajadi rangkaian sosial yang terbuka dan bebas diakses. Jadi mereka tidak
menghadapi risiko dan menggunakan teknologi ini untuk mencari mangsa baru. Kebanyakan
mereka sudah betukar daripada cara spam kepada rangkaian sosial untuk
melancarkan serangan jahat. Rangkaian sosial seperti facebook terutamanya
menjadi punca serangan secara sebaran pantas.
4. Matlamat serangan
Setiap serangan yang dilakukan sudah pasti
mempunyai muslihat yang tersendiri. Kadangkala kita terlupa bahawa kejuruteraan
sosial dan malware khas untuk mengakses maklumat sensitif turut digunakan dalam
mencapai matlamat serangan. Jadi, langkah keselamatan sememangnya wajib dititik
beratkan walau dalam apa jua keadaan.
Sebagai
konklusi, jadilah seorang yang bijak dalam menggunakan teknologi dan bukan
menjadi mangsa kepada kebijaksaan teknologi. Dan sentiasa berfikir bahawa
penyebab teknologi itu membangun itu juga adalah seorang manusia. Salah silap
mohon perbetulJ
Saturday, 15 September 2012
SESI BERSAMA WARGA ISA 2012
Selamat datang kepada adik-adik junior! Akhirnya kita bertemu juga..hee..alhamdullilah..sesi
bersama Ketua Program ISA,Dr Nurdiana Azizan,pensyarah ISA serta semua pelajar
ISA bagi meraikan adik-adik junior ISA telah diadakan pada 12 September 2012
(Rabu) bertempat di DKU FPQS. Majlis yang penuh santai dan tenang itu dimulakan
jam 8.30 pagi dengan pengenalan diri daripada setiap pensyarah.
Tayangan video tentang pencapaian ISA kemudiannya menyusul.Diharap
pelajar ISA terutamanya adik-adik Tahun 1 akan lebih yakin untuk terus kekal
bersama ISA setelah menyaksikan video tersebut.Seterusnya,sesi soal jawab
bersama pensyarah serta sesi bersama senior.Pelbagai persoalan dikemukakan oleh pelajar Tahun 1 yang masih samar-samar mengenai ISA.. xpe,malu bertanya sesat jalan kan? :)
Antara pensyarah yang hadir |
sesi bersama senior
wakil tahun 3 |
“Akak,susah tak belajar ISA?”..hehe..ramai adik-adik bertanyakan soalan ini..actually,mana mana kos pun ada susah ada senang..ISA tak susah pun..susah atau senang semuanya
bergantung kepada individu itu sendiri..yang susah pun boleh jadi senang dan yang
senang pun boleh jadi susah kan?fikir-fikirkan la..
Meh akak nak kongsi sikit pasal ISA ni..
wakil tahun 2 |
Majoriti
senior adik sekarang ni, langsung tak minat ISA..paling dasyat,macam akak ni
haa,langsung tak tahu apa itu ISA..tiba-tiba dapat..sedih kan ?tapi itu dulu..bila dah belajar,makin
hari makin sayang ISA.SERIUS!! Nanti dah belajar.then baru anda semua tahu
betapa hebatnya menjadi salah seorang warga ISA.