Alhamdullilah.. iftar jamaei untuk sem ini telah berlangsung dengan jayanya pada 20/12/2012(Khamis) baru-baru ini..Terima kasih kepada biro kerohanian ISA yang diketuai oleh Farhan Ibrahim.
Macam biasa,lepas berbuka dengan juadah ringan,kita solat maghrib..lepas solat,kita makan! Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea dan pandangan memandangkan semester 3 sudah hampir ke penghujung..Antara perkara penting dan cadangan yang telah dibincangkan termasuklah :-
- pesanan mengenai masa..masa itu emas! Sebagai pelajar,kita harus menitikberatkan soal masa terutamanya masa dengan pensyarah kita sendiri..elakkan datang lambat ke kelas
- sama-sama membantu dalam pelajaran.
- jangan sesekali memilih ilmu..jangan juga sempitkan minda kita yang ilmu itu hanya tertumpu pada sesuatu subjek atau perkara sahaja.ilmu itu luas.
- tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada semua warga ISA kerana kerjasama dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang semester.sayang semua..sahabat selamanyaaa...
- perlu sentiasa berpegang pada matlamat hidup..Ingatlah Allah itu satu.Mati itu pasti.. warga ISA perlu menjadi individu yang bertanggungjawab serta luar biasa yang mampu memberikan dan menyumbangkan bakti terhadap orang lain.
- menjaga adab dan hubungan dengan Allah,ibu bapa,pensyarah, juga rakan-rakan.
Ketua kerohanian,Farhan Ibrahim menyampaikan amanatnya
semoga semua yang dibincangkan boleh diambil iktibar dan dijadikan pengajaran supaya kita menjadi individu yang sentiasa maju ke hadapan..ingat-mengingati amalan mulia.. :)
0 Responds:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.