Yeay! Alhamdullilah dapat juga mencari kesempatan singgahkan diri di blog ni..dah makin sunyi ye..hehe
Emm..sedar tak sedar Broga Hill secara rasminya telah menjadi tawanan kami...hoorayy! Treknya tidaklah begitu mencabar kalau nak dibandingkan dengan pendakian yang lain.Namun,memang diakui perjalanan mendaki yang sungguh memukau dan menarik.Semasa di puncak,semua tergamam melihat keindahan alam yang telah Allah S.W.T ciptakan.Dah la sampai pagi-pagi buta..wahhh..memang terasa nyamannya udara pagi di sana...sangat tenang...
Tarikh: 30/06/2012
Broga Hill |
Broga Hill atau Bukit Broga terletak di Semenyih,5 minit drive dari University of Nottingham dan 45 minit dari USIM.Perjalanan seawal 4.00 pagi sememangnya agak meletihkan terutamanya bagi mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan makanan sebagai bekalan perjalanan.Walaubagaimanapun,semangat dan perasaan tidak sabar untuk menawan Broga Hill berjaya mengaburi keletihan itu.
Ladang arnab |
Jalan masuk ke Broga Hill |
Usaha menawan Broga Hill diteruskan!
p/s : lenkali nak pegi kena bawak torchlight..Takut jatuh..:D
Next destination : Sungai Tekala dan Alamanda
5 Responds:
pasni gi kinabalu lah.
"kalau adik naik ke puncak sana dengan kekasih, pasti cinta adik bersatu.." haha *skrip dejavu di kinabalu.
tapi kn TantePiya,,adik naik ke puncak tanpa kekasih,,jadi cinta adik hanya pada yg satu..
kn3 ^..^
Gamba last tu.. haha.. epic
yang last tu menyatakan kenikmatan yang teramat sangat dapat berendam dalam air..ha3
dalam hatiny berkata "ah sedap, sejuk ni, bagak ar" kekekeke ^..^
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.