Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca^2 sekalian.
Hari ini Encik Hitman terdetik untuk post sesuatu kepada pembaca yang Hitman rasa sangat penting kepada setiap pengguna yang mempunyai akaun Facebook.
Sebelum ini Encik Hitman ada post tentang bagaimana laman-laman sosial seperti Facebook boleh dihack melalui tool bernama Ettercap.
Jadi kali ni, Hitman nak tunjuk bagaimana untuk counter-back, atau berjaga-jaga dari dihack semasa belayar dalam Facebook.
Takut-takut maklumat privacy terjatuh ditangan orang yang tak sepatutnya, ye tak? malu nanti (><).
Jadi antara cara-cara untuk memastikan kita sentiasa selamat ialah:
1. Pastikan sambungan anda ialah dalam secure connection, iaitu ada label "https",
bukan "http" contoh: https:///www.facebook.com, bukan http://www.facebook.com,
ini dapat mengelakkan anda dari di sidejack oleh hacker2 yang menggunakan wifi disekitar anda.
2. Jangan sesekali login jika sambungan anda bukan "https", ini dapat mengelakkan anda dari dicuri email dan kata laluan anda, sekaligus boleh menyebabkan anda kehilangan Facebook anda selama-lamanya :p
3. Tukar kata laluan sekerap yang boleh, kalau boleh seminggu sekali, ini akan menyusahkan hacker2 yang dah menyimpan kata laluan anda, jika anda pernah di hack.
4. TIDAK DIGALAKKAN untuk melayari facebook dari peranti mobile seperti telefon bimbit, android dsb, kerana kebanyakan sambungan mobile tidak dilengkapi secure connection.
5. Gunakan password dengan gabungan aksara huruf besar dan kcil, nombor, simbol dan sebagainya... kerana ini bukan hanya menyusahkan hacker, tetapi anda juga :p, kerana sukar untuk meneka password dgan kombinasi seperti ini. Contoh password : MaCbO0k_&@pRo341294&232, cik hitman pon boleh pening.
Itulah antara cara2 mudah yang Encik Hitman boleh bagi, sebenarnya bukan di Facebook saje yang boleh dipraktikkan, tapi di website lain pon terutamanya email seperti Gmail, internet banking, seperti maybank2u dan sebagainya.
Semoga Post kali ini dapat membantu para pembaca :)
Adios!
0 Responds:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.