Wednesday, 7 March 2012

Info: AMD vs Intel



Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Kali ni Encik Hitman nak bercerita tentang AMD dan jugak Intel. Hitman rase semue orang pernah dengar tentang AMD dan Intel ni, tapi kat mane ek?? :p

Okay, sekarang bagi pengguna laptop boleh la tengok tengok dekat atas laptop, seblah kiri atau kanan, ada sticker tertampal tertulis AMD atau Intel, kalau yang takde, boleh la pergi dkat start > RUN dan taip dxdiag kemudian tengok pada bahagian processor :



Jadi Encik Hitman rase semue dah tahu apa Intel dan AMD ni kan?

Sebenarnya kedua-dua ini ialah pengeluar atau vendor untuk Processor yang masih bertahan sehingga hari ini. Sebenarnya banyak lagi vendor vendor pengeluar Processor ni dulu, seperti Cyrix, PowerPc dan sebagainya, tetapi hanya AMD yang masih mampu menyaingi Intel, yang lain? dah bungkus..hehe

Semua mesti tertanya-tanya kenapa nak post tentang AMD dan Intel ni???

Jawapannya : Kerana kedua-dua processor ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kita sebagai pelajar yang berwawasan perlu memilih processor yang betul untuk memudahkan kerja kita sebagai pelajar!!... Emosional pulak, ("^_^")

FAKTA Tentang Intel dan AMD

1. Selalunya Laptop/Komputer yang dikeluarkan menggunakan AMD tetapi keupayaan yang mampu menyaingi keupayaan Intel ni lebih murah harganya. Contoh : Acer menggunakan core I5 dan Acer menggunakan AMD Phenom X4 harganya lebih kurang sama tetapi kelebihan lebih pada AMD yang dilengkapi lebih core.

2. Intel boleh integrate dengan baik bila digunakan dengan Graphic Card Gaming iaitu Nvidia dan ATI, tetapi AMD hanya berfungsi dengan baik bila menggunakan ATI tetapi tidak pada Nvidia, akan berlaku pelbagai masalah, seperti crash, atau even motherboard boleh mulfunction. DONT TRY IT AT HOME.

3. AMD jauh lebih laju berbanding dari Intel, tetapi cepat panas, satu masalah yang akan menyebabkan processor cepat terbakar.

4. Intel mempunyai L2 cache yang lebih besar dari AMD walau corenya sedikit, biasanya 6mb - 12mb, boleh membantu untuk membuat kerja multi-tasking yang lebih besar.

5. Boleh diibaratkan Intel seperti Lori yang membawa muatan yang besar tapi perlahan, tetapi AMD seperti kereta F1 yang laju tetapi hanya mampu membawa muatan yang sedikit.


6. Laptop yang menggunakan Processor Intel lebih jimat bateri berbanding AMD, mungkin kejayaan dalam semiconductor Intel yang mampu menjimatkan elektrik dalam satu processor, malahan Intel Core I5 second Generation menggunakan kuasa separuh dari Intel Core I5 yang lama.

7. Intel sebenarnya lebih berpengalaman dan lebih unggul, suhu komputer pada Intel dikawal oleh processor, jika komputer panas, processor akan minimakan process, tetapi pada AMD tidak, tiada had pada kelajuan sehingga boleh terbakar. "Ini berdasarkan laporan kedai2 komputer".

8. Selalunya laptop menggunakan AMD lebih cepat rosak berbanding Intel kerana AMD yang terlalu cepat panas. Walaupon Ia murah.

9. Pengeluar Komputer Terunggul: Alienware dan Macbook memilih menggunakan Intel sebagai processor barangan mereka.

Khulasah : Jadi pada pandangan Encik Hitman, bagi pelajar yang nak beli laptop, pilihlah Intel, tetapi yang nak gunakan Dekstop tetapi kurang budget, bolehlah pilih AMD, kerana Desktop sistem pengudaraan lebih baik. Jadi kurang masalah panas dan anda mampu bermain game High End yang canggih dengan budget yang rendah.



Adios!

0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768