Friday 13 April 2012

Our Story: VIRUS VS BACTERIA


Pada hari Ahad iaitu 1 April yang lepas, satu pertandingan sukan telah berjaya dijalankan dengan penuh gilang-gemilang sekali..Sungguhpun pertandingan yang dinamakan InterCourse Sports ini hanya melibatkan pelajat tahun satu Computer Science Information Security & Assurance (ISA) dan Food Biotech (FB) sahaja,namun ia dilihat sebagai satu medan yang sangat kukuh bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar ISA dan FB.Impaknya jelas kelihatan di kala semua pemain bermain bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk setiap permainan yang diadakan.Pelajar ISA terutamanya telah bertungkus-lumus bagi menghadapi pertandingan yang julung kali diadakan ini.Buktinya,pelbagai bentuk latihan telah kami jalankan sebagai persediaan walaupun berhadapan dengan kekangan masa.


   Seawal jam 7.30 pagi,kami telah berkumpul di court futsal untuk bacaan doa dan aktiviti regangan bersama pelajar FB.Berbekalkan sarapan sandwich sebagai pengalas perut,kami bersiap sedia untuk memulakan pertandingan pada pukul 8.00 pagi.Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah beberapa aktiviti sukan, seperti bola jaring, futsal, bola baling, sepak takraw dan bola tampar.Tidak kiralah pelajar lelaki mahupun perempuan,rata-rata daripada mereka memang berbakat dan mempamerkan gayanya yang tersendiri ketika beraksi.Tanpa disedari,aktiviti sebegini telah menjadi medium yang berjaya mencungkil bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar.Sesudah berlangsungnya pertandingan bola jaring,futsal,bola baling,sepak takraw dan bola tampar,kami disajikan pula dengan aktiviti sukaneka yang sungguh menghiburkan.Pendek kata,hilang penat kami walaupun telah beraksi untuk pertandingan sebelumnya.Aktiviti sukaneka seperti makan tembikai,tiup belon,baling belon dan mengambil tepung menggunakan sudu memang ternyata mampu mengukirkan senyuman dalam kalangan setiap pemain.


bola jaring :)


    Seterusnya,acara penyampaian hadiah dan cenderahati diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan mengakhiri aktiviti InterCourse Sports pada kali ini.ISA telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa keriangan dan kegembiraan setiap pemain cukup terserlah dan terpancar melalui gelak tawa dan raut wajah masing-masing.Keadaan ini sekali gus membuktikan kejayaan ini merupakan berkat usaha dan gandingan mantap setiap pemain.Bilangan pelajar ISA yang boleh dikatakan sedikit berbanding dengan pelajar FB langsung tidak menggoyahkan semangat kami semua.Bahkan,ianya telah dijadikan sebagai satu semangat buat kami.Kami berbangga kerana ISA mempunyai pelajar-pelajar yang cukup tinggi semangat dan juga ukhwahnya.Sudah tentu kenangan yang bermakna ini akan terus segar dalam ingatan kami.Diharap kejayaan ini menjadi titik tolak buat kami untuk turut memperoleh kejayaan dalam pelajaran..AMINNN…:)










Keputusan pertandingan :-



Pertandingan


Juara

Futsal L



ISA

Futsal P


FB

Bola tampar L


ISA

Bola tampar P



FB

Bola baling P


ISA

Bola baling L


FB

Bola jaring P


ISA

Sepak takraw L



FB

Sukaneka


ISA


      



                                 

                                   

                                        
                                         
                                         

0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768