Wednesday 27 June 2012

Our Story: EDUCATIONAL VISIT

Tarikh : 20 JUN 2012 (RABU)
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Lokasi : F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd, Tower 3A, Avenue 3, Bangsar South,
No.8 Jalan Kerinci, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.



Alhamdullilah...Lawatan industri bagi pelajar tahun 1 ISA telah berjaya dijalankan.Perjalanan seawal 9 pagi dari kolej kediaman 1 pada hari rabu yang lalu disertai hampir semua pelajar tahun 1.Ketibaan kami disambut mesra oleh ahli-ahli syarikat F-secure yang bertempat di Kuala Lumpur.Syarikat perisian berkaitan keselamatan internet itu juga turut mempunyai cawangan di New Delhi,Mumbai,Jepun,Singapura dan India.Kami telah diberi penerangan ringkas dan padat tentang F-Secure itu sendiri oleh salah seorang ahli syarikat tersebut.Banyak maklumat baru yang telah kami perolehi terutamanya tentang virus; bagaimana virus boleh tersebar,jenis-jenis virus yang telah berjaya dikenalpasti,cara berdepan dengan virus dan banyak lagi.Kami juga diperjelaskan tentang tugas syarikat F-Secure serta perbezaannya dengan syarikat antivirus yang lain seperti Avira dan Kaspersky.Selepas 30 minit kemudian,kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan bergerak secara bergilir-gilir untuk melawat F-Secure Security Lab yang menyediakan perkhidmatan tindak balas keselamatan bagi pengesanan,penghapusan dan penyediaan maklumat berkaitan “malware”,”spyware”,”rootkit”,”phishing” dan serangan siber berkaitan yang disasarkan.Langkah itu membantu syarikat menyediakan perlindungan sepanjang masa daripada ancaman baru teknologi maklumat (IT) kepada pelanggannya.




Yang pasti,kami semua telah menimba ilmu dan memperloleh pengalaman yang cukup bermakna sepanjang berada di syarikat tersebut.Pelbagai perkara yang tidak diketahui telah diperjelaskan oleh pegawai-pegawai di sana.Diharap lawatan sebegini dapat diteruskan lagi dan tidak mustahil mampu melahirkan pakar dalam antivirus.Kami juga sedar bahawa pemahaman antivirus pada tahap tinggi diperlukan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dalam bidang berkaitan seterusnya diterima oleh syarikat antivirus bukan sahaja di negara ini tetapi mampu dibawa ke negara lain. Insyaallah




0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768