"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikanNya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".(8:53)
Assalamualaikum...
Hari berganti hari, 2 semester
sudah kita lalui di alam universiti! Terasa macam tak percaya pun ada.
Sebagaimana rasa pantasnya masa berlalu dalam setahun itu, begitu jugalah kita
akan rasa untuk tahun ke2 ,3, dan 4 sehinggalah tamat pengajian di peringkat
ijazah sarjana muda ini. ‘Gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin’. Sila
percaya bahawa kata-kata ini sangat benar!! Janganlah sampai kita menyesal di
kemudian hari.
Adakalanya kita rasa tidak mampu
untuk meneruskan satu-satu subjek sampai final sebab kita tidak pernah sedar
dan tidak pernah tahu yang sebenarnya kita mampu. itu FAKTA!!
Perkara ajaib itu akan berlaku
sekiranya kita menyedari di mana kurang kita dan kita berusaha untuk ke arah
kejayaan di samping memberbaiki kekurangan itu. yup!!KEJAYAAN merupakan impian
setiap orang, tetapi tidak semua yang betul-betul berjaya mencapai target
mereka. Selagi mana anda mampu, bangunlah dan terus berlari tanpa menoleh
kegagalan lalu. Kadang-kadang mindset kita yang kata kita tak mampu tapi sebenarnya kita mampu!!
Berubahlah dari yang MALAS
kepada RAJIN...
Berubahlah sementara Allah memberi kita waktu dan ketika untuk menimba sebanyak ilmu di muka bumi ini. Berubahlah untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat:)
Berubahlah sementara Allah memberi kita waktu dan ketika untuk menimba sebanyak ilmu di muka bumi ini. Berubahlah untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat:)
gambaq dr google;) |
usaha tangga kejayaan;)
selamat berjuang semuanya...
ganbatte kudasai!!!
0 Responds:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.