Thursday 7 June 2012

Tips: Study Last Minute ? Final Exam kot =.+=



Kadang-kadang kita tahu bahawa study last minute merupakan salah satu cara terburuk untuk belajar tetapi kenyataan menunjukkan hampir semua orang terjerumus dalam study last minute. Di sini blog infoSec. nak bagi tips study last minute yang sesuai untuk semua lapisan pelajar. Antara tipsnya:


TIPS STUDY LAST MINUTE :)

Tips 1
Baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks/rujukan selalu provide summary di bahagian last sesuatu topic. itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu anda tahu.

Tips 2
Beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. Teknik ini paling berkesan kerana hampir 50% soalan exam keluar dari apa yang ditekankan lecture.

Tips 3
Jangan membuat note, itu bukan caranya kerana anda kesuntukan masa. hanya list down pekara penting sahaja.

Tips 4
Set minda bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun jawanya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksian.

Tips 5
Tumpukan kepada subject yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subject tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.

Tips 6
Perbanyakkan buat soalan exam yang lepas, hampir 65% adalah soalan berulang.
Jika subject mathematic/calculus, disarankan hanya membuat soalan past year sahaja. fahamkan formula dan buat latihan.

Tips 7
Stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana anda dapat zero jer jika memaksa otak. ambil sikit masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula

Tips 8
Banyaklah bodek lecturer korang.. mana taw kot2 dia 'terbagi' tau soalan pe yg kluar ^_^ ..hehe...

Tips 9
Tumpu lebih masa kepada subject yang korang dapat CARRY MARK rendah, usaha untuk mendapatkan result yang lebih bagus untuk subject itu.

Tips 10
Berbayaklah berdoa agar apa yang korang baca korang ingat.


DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
Amalkan surah Al Israa' ayat 70. 
*Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala. 


Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN...

0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768