Wednesday 25 July 2012

Our Story: ISA's Amazing Race

Yeay! Alhamdullilah dapat juga mencari kesempatan singgahkan diri di blog ni..dah makin sunyi ye..hehe

Emm..sedar tak sedar Broga Hill secara rasminya telah menjadi tawanan kami...hoorayy! Treknya tidaklah begitu mencabar kalau nak dibandingkan dengan pendakian yang lain.Namun,memang diakui perjalanan mendaki yang sungguh memukau dan menarik.Semasa di puncak,semua tergamam melihat keindahan alam yang telah Allah S.W.T ciptakan.Dah la sampai pagi-pagi buta..wahhh..memang terasa nyamannya udara pagi di sana...sangat tenang...

Tarikh: 30/06/2012


Broga Hill

Broga Hill atau Bukit Broga terletak di Semenyih,5 minit drive dari University of Nottingham dan 45 minit dari USIM.Perjalanan seawal 4.00 pagi sememangnya agak meletihkan terutamanya bagi mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan makanan sebagai bekalan perjalanan.Walaubagaimanapun,semangat dan perasaan tidak sabar untuk menawan Broga Hill berjaya mengaburi keletihan itu.

Ladang arnab
Jalan masuk ke Broga Hill
Bagi mereka yang memandu dan tidak tidur sepanjang perjalanan itu mesti sedar pintu masuk ke Broga Hill sebenarnya agak kabur dan tidak mempamerkan main signboard.Hanya ada ladang arnab kat depan pintu masuk ..Terasa macam perjalanan balik kampung pulak..hehe.Tak cukup dengan ladang arnab,ditambah pula keadaan jalan masuk yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.Fuhhh...Nasib baik ada banyak kereta yang park kat situ..Suasana pun agak meriah dengan kehadiran pengunjung lain walaupun hari masih gelap.Dapat juga la tenangkan hati kami-kami yang first time datang ke sini..:)

Usaha menawan Broga Hill diteruskan!


 
Perjalanan 30 minit pertama dilalui dengan penuh santai melalui ladang kelapa sawit..Kadang-kadang berlaku juga tragedi traffik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia.Memang ramai pun...budak kecil pun ada!Kami juga berkumpul di puncak pertama untuk solat subuh berjemaah serta makan-makan sebelum meneruskan perjalanan ke puncak seterusnya.Keadaan dan suasana matahari terbit dinikmati dengan tenang ditemani pula angin pagi menyejukkan. Rasa macam tak nak turun !!







p/s : lenkali nak pegi kena bawak torchlight..Takut jatuh..:D


Next destination : Sungai Tekala dan  Alamanda








Thanks for the sunrise,meaningful experiences and fun! :)






5 Responds:

TantePiya said...

pasni gi kinabalu lah.

"kalau adik naik ke puncak sana dengan kekasih, pasti cinta adik bersatu.." haha *skrip dejavu di kinabalu.

mr.didie said...

tapi kn TantePiya,,adik naik ke puncak tanpa kekasih,,jadi cinta adik hanya pada yg satu..
kn3 ^..^

everything you define me said...

Gamba last tu.. haha.. epic

Hitman_92 said...

yang last tu menyatakan kenikmatan yang teramat sangat dapat berendam dalam air..ha3

mr.didie said...

dalam hatiny berkata "ah sedap, sejuk ni, bagak ar" kekekeke ^..^

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768