Monday 9 July 2012

Tips: Bahaya Malware Alureon / DNS Changer BOT

Assalamualaikum, 

Hari Ini Saya Akan Menghebahkan Kepada Para Pembaca Tentang Satu Virus Terbaru Yang Telah Muncul Hangat Diperdebatkan Di Laman Sesawang Yang Dikenali Sebagai Alureon atau DNS Changer Bot.

Secara mudahnya, virus ini dikatakan bakal menjahanamkan beribu komputer atau laptop atau tablet atau sewaktu dengannya yang menggunakan talian internet...

Caranya ialah dengan memesongkan sambungan internet ke website tipu atau website rekaan  dengan tujuan untuk mencuri maklumat peribadi, atau transaksi perbankan, password dan sebagainya.

Virus ini juga dikatakan boleh memesongkan sambungan internet ke server yang lain tanpa ada warning dari firewall windows kerana ia sangat licik dan susah untuk diidentifiaksi malah kemungkinan besar anda akan kehilangan talian internet.

Jadi bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada komputer kita dijangkiti dengan Malware ini atau tidak? ada pelbagai cara, tetapi cara mudahnya ialah dengan pergi ke website ini:


Website ini akan memberitahu sama ada laptop anda telah dijangkiti virus ataupon tidak. Kalau keluar latar belakang hijau bermakna anda selamat, tetapi jika keluar warna merah bermakna anda telah dijangkiti dan anda mungkin akan kehilangan talian internet anda. Walaubagaimanapun, jika pihak ISP seperti Maxis, TM, Umobile, Celcom dan sebagainya yang menjalankan laluan DNS kita secara sendiri, ia akan memaparkan CLEAN walaupun kemungkinan laptop anda dijangkiti virus ini, jadi untuk maklumat lanjut mengenai virus ini,


Jika anda telah dijangkiti, rajin-rajinlah Scan PC anda dengan Antivirus atau guna software ini:

  http://www.malwarebytes.org/products/malwarebytes_free/

 Selamat Mencuba  :)

psst: Malam Ni FBI akan banned semua port yang dijangkiti DNS Malware Changer, jadi komputer yang dijangkiti mungkin lumpuh dari sambungan internet, jadi cepat2 ubah DNS anda..

0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768