Crop Menggunakan Tools Selection
Level: Beginner
Software: Adobe Photoshop CS3, CS4, CS5, CS6
Jom kita mulakan tutorial !
1. Dengan Menggunakan 'Magic Wand Tool'
Caranya :
Klik icon magic wand tool di tool box, kemudian klik background kawasan yang ingin di 'Select' , misalnya seperti gambar ini :
Kemudian anda akan dapat lihat garis hitam putih putus putus seperti ini :
Ini menunjukkan background gambar yang anda 'Select' telah dilakukan. Sekarang anda boleh delete background tersebut dengan menekan button DELete. * dan boleh gantikannya dengan background lain :)
Jika anda ingin 'Select' gambar tersebut, mudah sahaja dengan hanya klik 'Right-Click' mouse anda dan pilih Select Inverse. Untuk menghilangkan 'Select' tekan ( CTRL + D ).
2. Dengan Menggunakan 'Lasso Tool'
Caranya :
Klik icon Lasso Tool di tool box, kemudian klik dan gerakkan mouse anda pada gambar yang ingin di 'Select', lalu temukan hujungnya seperti gambar berikut :
Setelah gambar dikelilingi garis hitam putih putus-putus, maka objek telah berjaya di 'Select'.
3. Dengan Menggunakan 'Magnetic Lasso tool'
Bezanya dengan Lasso Tool adalah, jika dengan lasso tool tadi caranya, 'Select' nya adalah dengan klik Lasso Tool dan menekan mouse sambil mengikuti objek yang ingin di 'Select'. Sedangkan jika menggunakan Magnetic Lasso Tool caranya adalah klik pada 1 titik lalu tarik dan secara automatik garisan itu akan ikut bentuk gambar yang ingin kita 'Select'. Lihat gambar berikut :
Temukan selection anda pada titik awal dan hasilnya seperti ini :
*Magnetic Lasso Lebih Mudah.
4. Dengan Menggunakan 'Polygonal Lasso tool'
Dengan tool ini, cara membuat 'Select' adalah dengan klik objek yang ingin di 'Select' lalu tarik mouse tu, dan klik pada titik yang lain untuk menyambung garisan itu mengelilingi gambar tersebut, sehinggalah ianya bertemu pada titik awal. Lihat gambar :
*Kebiasaannya digunakan untuk objek yg mempunyai sisi yang selari.
5. Kemaskan Gambar Yang Telah Anda Crop Dengan Menggunakan 'Feather'
Selepas anda crop gambar menggunakan tool selection di atas, anda perlulah menggunakan feather untuk memperkemaskan lagi editting yang telah anda lakukan, ini kerana gambar anda mungkin gambar yang anda 'Select' akan bergerigi ataupun dengan bahasa mudahnya tidak cantik, *Ini la sebenarnye, ramai yang tidak diketahui oleh designer2 beginner di luar sana. Feather digunakan adalah untuk memperhalusi sisi objek yang anda 'Select' dan ianya akan menyatukan 2 gambar menjadi BLEND secara pixel. Jadi caranya adalah sebelum anda Copy & Paste gambar yang anda 'Select' itu ke background yang lain, anda perlulah menggunakan 'Right-Click' dan klik Feather. Lihat contoh :
Hasilnya selepas anda melakukan copy & paste (Tanpa Menggunakan Feather)
Hasilnya selepas anda melakukan copy & paste (Menggunakan Feather)
Sekian sahaja untuk kali ini ya ! Selamat Mencuba ! ^^
0 Responds:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.