Tuesday, 7 August 2012

Tips: Akibat Menutup PC Tanpa Shutdown

   


  Sebelum ini saya dan @Mr.Hitman selalu menerima laptop / dekstop yg rosak semasa di Kolej Kediaman 1. Kebanyakan dari mereka mengatakan laptop mereka rosak disebabkan oleh serangan virus, tapi sebenarnya apa yang berlaku adalah mereka tidak menjaga/mengurus laptop mereka dengan sistematik, misalnya : membiarkan laptop dalam mode SLEEP dalam jangka masa yang panjang, menutup laptop tanpa TERTIB dan sebagainya. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca-pembaca berkaitan akibat atau kesan daripada pengurusan laptop yang tidak sistematik.

1. Kehilangan data pada registry : semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
 
2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer : semasa anda shutdown PC, unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk menghentikan segala kerja komponen ,ianya juga mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak. 

3. Processor akan mudah rosak : semasa anda shutdown, BIOS akan memainkan peranan penting bagi mematikan Cooling Fan pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka processor akan tersentak. 

4. Memory mudah rosak : semasa anda shutdown, sistem memori atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memori. 

5. Hard disk cenderung kepada kerosakan : jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

p/s: Bukan senang nak dapat laptop kn, harganye pon bukan murah mcm beli gula-gula. Jadi kepada pembaca-pembaca semua marilah kita sama-sama menjaga laptop / dekstop demi kebahagian kita pada masa hadapan..hehe ^_^

1 Responds:

Unknown said...

oke..agak terasa d situ:p hee

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768