Friday, 9 November 2012

AWAS ANCAMAN SIBER!!


“Peningkatan serangan berniat jahat di laman sosial dan peranti mudah alih dikenal pasti, menyebabkan jangkitan mudah daripada satu mangsa kepada mangsa yang lain.” –majalahPC September.
Di era teknologi serba moden, pelbagai gadget canggih dan mewah diperkenalkan. Kesannya, serangan berniat jahat melalui medium ini semakin meningkat. Ini konklusi mudah untuk difahami. Para Hackers semakin licik dalam menyusun gerak kerja mereka seiring teknologi yang semakin membangun pesat. Bagaimana mereka berjaya menerjah data peribadi kita? Mari kita selongkar!

1.       Kebocoran data
Identiti mudah dicuri melalui kehilangan atau kecurian platform simpanan. Menurut Symantec, 50 peratus telefon bimbit yang hilang tidak akan dipulangkan dan 96 peratus termasuk yang dipulangkan juga tidak terkecuali mengalami kebocoran data. Bayangkan sahaja ribuan maklumat diri dapat diketahui melalui rangkaian telefon termasuk akaun bank, kata laluan, dan lain-lain. Oleh itu, lindungi gadget peribadi anda bagi mencegah insiden penggodaman.

2.       Ancaman Android
Mudah dan seronok itulah android. Tetapi awas! Pendedahan peranti mudah alih meningkat sebanyak 93 peratus pada 2011 dan ancaman sistem operasi (OS) Android turut dilihat. Malware digunakan bukan sahaja untuk menyerang peranti mudah alih malahan ia dicipta khas untuk menggunakan kelemahan unik yang ada pada peranti. Hal ini menjadi ancaman besar kepada perniagaan serta pengguna. Dan yang pasti aktiviti pengutipan data, penghantaran kandungan, dan menjejak pengguna terus berleluasa.

3.       Rangkaian sosial
Penjenayah siber semakin berani ekoran sifat semulajadi rangkaian sosial yang terbuka dan bebas diakses. Jadi mereka tidak menghadapi risiko dan menggunakan teknologi ini untuk mencari mangsa baru. Kebanyakan mereka sudah betukar daripada cara spam kepada rangkaian sosial untuk melancarkan serangan jahat. Rangkaian sosial seperti facebook terutamanya menjadi punca serangan secara sebaran pantas.

4.       Matlamat serangan
Setiap serangan yang dilakukan sudah pasti mempunyai muslihat yang tersendiri. Kadangkala kita terlupa bahawa kejuruteraan sosial dan malware khas untuk mengakses maklumat sensitif turut digunakan dalam mencapai matlamat serangan. Jadi, langkah keselamatan sememangnya wajib dititik beratkan walau dalam apa jua keadaan.

Sebagai konklusi, jadilah seorang yang bijak dalam menggunakan teknologi dan bukan menjadi mangsa kepada kebijaksaan teknologi. Dan sentiasa berfikir bahawa penyebab teknologi itu membangun itu juga adalah seorang manusia. Salah silap mohon perbetulJ



0 Responds:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Tarikh Akhir Kemaskini : 16 Ogos 2012 10.43 pm. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 3.5 dan Internet Explorer 8 ke atas dengan resolusi 1024 X 768