Kalam basmalah
pembuka bicara,
Bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikumJ
Apa khabar
kalian setelah kurang lebih dua bulan bercuti? Harap sihat-sihat belaka. Alangkah
beruntungnya kepada mereka yang menggunakan waktu luang ini untuk melakukan
perkara-perkara yang berfaedah. Sama ada anda bekerja, belajar memasak,menjahit
dll. Sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari sesuatu yang baru ataupun
mengasah semula bakat yang telah sedia ada.
Masa berlalu
begitu pantas. Jauh di sudut hati memang tak ready lagi nak jadi senior ok.hee.Setahun berada di alam universiti merupakan masa yang sangat
singkat. Bermacam jenis ilmu yang bermanfaat dipelajari. Ada juga yang baru
belajar berpisah dengan keluarga. Pada mulanya kekok bersama rakan-rakan dan
akhirnya berjaya menjadi seorang yang lebih berdikari.
Andai di
semester lalu kita melakukan kesilapan, jangan teruskan kesilapan itu
sebaliknya terus berusaha dan perbaiki kesilapan itu.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)
Kepada
golongan yang gagal dalam subjek tertentu seperti KALKULUS, *pesanan untuk diri
sendiri juga,,hehe .Jangan terlampau kecewa!!anda masih punyai peluang untuk
belajar dan terus belajar subjek yang SANGAT menyeronokkan iniJ dan sentiasa ingat gagal sekali
tidak bermaksud anda gagal selamanya.
Dan yang
terakhir,
1.Mulakan
sem baharu dengan semangat baharu, azam baharu.
2.Yakin
dengan diri yang anda mampu melakukan yang terbaik dalam segala perkara yang
anda lakukan.
3. Jadikan
kegagalan lalu sebagai pengajaran.
4.Aktif dan
libatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti bagi mengasah soft skill
anda.
5.Sentiasa
sedar bahawa Allah, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, pensyarah sentiasa
menyokong anda!!Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk lebih bersungguh-sungguh
kerana mereka pasti gembira jika kita berjaya.
6.Tutup
segala kisah-kisah duka sepanjang sem lepas dan ingat Allah sentiasa menemani
kitaJ
Teruskan kehidupan dengan semangat!!!anda cukup kuat untuk berdiri sendiri!
7.Niatkan
di dalam hati bahawa kita belajar untuk berjaya di dunia dan akhirat supaya
menjadi ibadah dan segala urusan akan menjadi lebih tenteramJ
Semoga di
semester baharu ini akan lebih berjaya dan meninggalkan kenangan yang paling
indah dalam lipatan sejarah hidup masing-masing.
p/s penulis
mohon maaf andai tersilap madah,perbetulkan mana-mana yang khilaf,sememangnya
masih perlukan bimbingan dan perlu belajar banyak perkara lagi..peace no warJ
sama-sama perbaiki diri. Ganbatte kudasai!!
0 Responds:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.